WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TRUMP JEMPUT HUNGARY SERTAI LEMBAGA KEAMANAN SEBAGAI AHLI PENGASAS

19/01/2026 11:35 AM

ISTANBUL, 19 Jan (Bernama-Anadolu) -- Presiden AS Donald Trump menjemput Hungary untuk menyertai "Lembaga Keamanan" sebagai ahli pengasas, umum Perdana Menteri Hungary Viktor Orban pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Presiden Trump membawa sinar keamanan. Satu lagi surat telah tiba. Usaha Hungary demi keamanan kini diiktiraf," kata Orban melalui hantaran di X.

Sambil mengesahkan penyertaan Budapest dalam inisiatif itu, Orban menambah, "Presiden Trump telah menjemput Hungary untuk menyertai usaha Lembaga Keamanan sebagai ahli pengasas. Kami, sudah tentu, telah menerima jemputan yang membanggakan ini."

Rumah Putih dalam satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan pembentukan Lembaga Keamanan untuk "memainkan peranan penting dalam memenuhi" 20 perkara dalam rancangannya bagi menamatkan secara kekal perang Israel ke atas Gaza dan membina semula enklaf tersebut, serta "menyediakan penyeliaan strategik, menggerakkan sumber antarabangsa, dan memastikan akauntabiliti semasa Gaza beralih daripada konflik kepada keamanan dan pembangunan."

AS juga menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza untuk melaksanakan fasa kedua Rancangan Komprehensif Trump bagi Menamatkan Konflik Gaza, dengan menubuhkan Lembaga Eksekutif dan Lembaga Eksekutif Gaza bagi menyokong rangka kerja peralihan tersebut.

Trump juga telah menjemput ketua negara dan kerajaan lain untuk menyertai lembaga Gaza itu, termasuk Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan