WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KUCHAI DEVELOPMENT DINYAHSENARAI DARI BURSA MALAYSIA PADA 22 JAN

19/01/2026 07:15 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan nyahsenarai sukarela Kuchai Development Bhd (KDB) daripada senarai Pasaran Utama berkuat kuasa 22 Jan 2026.

Pemaju hartanah itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Bursa Securities telah, melalui suratnya bertarikh 19 Jan 2026, memaklumkan mereka bahawa, berdasarkan Perenggan 16.06 keperluan penyenaraian, keseluruhan modal saham terbitan KDB akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Pada 23 Sept 2025, syarikat itu bercadang untuk melaksanakan penyahsenaraian bagi menarik balik KDB dengan mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities mengikut Perenggan 16.08 keperluan penyenaraian.

Langkah itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 75 peratus pemegang saham yang hadir dan mengundi pada mesyuarat agung luar biasa akan datang, dengan tidak melebihi 10 peratus menentang.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan