WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RENAULT HASILKAN DRON UNTUK TENTERA PERANCIS

21/01/2026 05:02 PM

PARIS, 21 Jan (Bernama-dpa) -- Pengeluar kereta antarabangsa dari Perancis, Renault akan menghasilkan dron tentera atas permintaan Kementerian Pertahanan negara itu, jurucakap syarikat mengumumkan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Renault akan bekerjasama dengan syarikat yang berpengalaman dalam mereka bentuk dron untuk tentera, Turgis Gaillard, di bawah pemantauan direktorat persenjataan negara, katanya.

Tiada butiran lanjut mengenai pengeluaran dron itu dinyatakan. Renault mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, perindustrian dan pengeluaran bersiri produk berteknologi tinggi selain mengekalkan piawaian kualiti dan memenuhi sasaran kos serta tarikh akhir.

Akhbar Les Échos melaporkan kedua-dua syarikat akan membangunkan peranti jarak jauh dengan alat kawalan jauh untuk digunakan bagi pemerhatian dan peninjauan dengan sasaran penghasilan 600 unit sebulan.

Kontrak dengan nilai awal €35 juta (AS$41 juta) itu dijangka menjana pendapatan €1 bilion (AS$1.2 bilion) dalam tempoh 10 tahun bagi Renault.

-- BERNAMA-dpa 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan