WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI WARGA INDONESIA DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI SIPUT

23/01/2026 03:24 PM

IPOH, 23 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas hilang ketika melakukan aktiviti menembak ikan berhampiran Jeti Kampung Mesapat, Sungai Siput, sejak Selasa lepas.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata kehilangan mangsa berusia 48 tahun dan dikenali sebagai “Bujang” itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, semalam.

“Bertindak daripada makluman pihak polis, kami telah menjalankan pencarian bermula dari 11 pagi hingga 7 malam dari kawasan mangsa disyaki hilang hingga Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar meliputi jarak sekitar 15 kilometer (km).

“Operasi turut melibatkan enam bot dari JBPM, polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain 26 anggota daripada ketiga-tiga agensi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Shazlean berkata operasi pencarian pada hari ini diteruskan melibatkan jarak kira-kira 14 kilometer, bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sehingga ke Victoria Bridge, Kuala Kangsar.

“Operasi bermula sekitar jam 8 pagi dengan pencarian dilakukan secara pencarian di permukaan  menggunakan dua bot JBPM yang bergerak dari Victoria Bridge hingga tempat kejadian mangsa dilaporkan hilang, "katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan