WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MSDEAF UMUM INSENTIF RM5,000 KEPADA PEMENANG PINGAT EMAS DEAFLYMPICS TOKYO 2025

27/01/2026 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) mengumumkan insentif RM5,000 kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas Deaflympics Tokyo 2025.

Presiden MSDeaf Dr Ong Shin Ruenn berkata insentif berkenaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan atlet pekak yang telah berusaha membawa pingat untuk negara.

Selain pingat emas, Ong berkata atlet yang memenangi pingat perak dan gangsa turut menikmati insentif berkenaan masing-masing RM3,000 dan RM2,000 seorang.

"Untuk Sukan SEA Pekak 2025 kami akan memberi ganjaran RM2,000 seorang," katanya kepada pemberita pada sidang media MSDeaf di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini hari ini. 

Ong berkata Majlis Sukan Negara (MSN) juga akan memberikan ganjaran kepada pemenang pingat di temasya Deaflympics Tokyo dan Sukan SEA Pekak 2025.

Sementara itu, Ong memaklumkan MSDeaf akan menganjurkan majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 (ASPN 2025) pada Khamis ini, dan insentif turut disampaikan pada malam itu.

Beliau berkata sebanyak lapan anugerah utama akan disampaikan pada ASPN 2025 iaitu Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Jurulatih Kebangsaan, Anugerah Khas, Anugerah Atlet Harapan Lelaki dan Wanita serta Anugerah Olahragawan dan Olahragawati.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan