WILAYAH - SELATAN > BERITA

DUA LELAKI MELECUR PENYAMAN UDARA KONTENA MELETUP DI PASIR GUDANG

28/01/2026 08:38 AM

JOHOR BAHRU, 28 Jan (Bernama) -- Dua lelaki melecur pada muka dan badan selepas terlibat dalam kejadian letupan unit penyaman udara sebuah kontena di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada 4.51 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku letupan melibatkan unit penyaman udara kontena yang membabitkan dua mangsa lelaki dewasa berusia 50 dan 20 tahun,” menurut pusat gerakan itu dalam kenyataan awal pagi ini. 

Kebakaran akibat letupan itu berjaya dipadamkan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum ketibaan pasukan bomba.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi melibatkan enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ditamatkan sepenuhnya pada 5.14 petang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan