WELLINGTON, 30 Jan (Bernama-Xinhua) -- New Zealand tidak akan menyertai Lembaga Keamanan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kata Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dalam satu kenyataan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Luxon berkata kerajaan telah menimbang tawaran itu dan memutuskan untuk tidak menerima jemputan menyertai lembaga tersebut dalam "format sedia ada."
Menteri Luar Winston Peters menerusi hantaran di X berkata New Zealand, sebagai pengasas utama dan penyokong lama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berpendapat adalah penting bagi tugas Lembaga itu bersifat pelengkap dan selaras dengan Piagam PBB.
Trump secara rasmi melancarkan Lembaga Keamanan pada 22 Jan semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
-- BERNAMA-XINHUA New Zealand
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial