WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR TINJAU OPERASI ETS3 KL-JB

01/02/2026 05:29 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata kesempatan itu digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan MADANI akan terus memberikan keutamaan pada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan