WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MALAYSIA DIPILIH NAIB PENGERUSI SUB-KUMPULAN KERJA PBB MENGENAI PERALATAN UTAMA

01/02/2026 10:56 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Penasihat Ketenteraan kepada Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kolonel Shamsuri Noordin, dipilih sebagai Naib Pengerusi Subkumpulan Kerja mengenai Peralatan Utama semasa Mesyuarat Kumpulan Kerja Peralatan Milik Kontinjen (COE), baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut telah berlangsung dari 19 hingga 30 Jan di Ibu Pejabat PBB di New York.

Pada majlis penutupan, Panglima Angkatan Bersama, Markas Angkatan Bersama Malaysia, Lt Jen Datuk Zahani Zainal Abidin, menegaskan semula sokongan padu Malaysia terhadap operasi pengaman PBB, dengan menekankan bahawa keselamatan dan perlindungan anggota pengaman mesti kekal menjadi teras kepada usaha kolektif.

Beliau berkata Malaysia kekal komited terhadap pelaksanaan berkesan hasil yang dipersetujui serta memperkukuh kemampanan dan impak operasi pengaman PBB.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan