WILAYAH - TENGAH > BERITA

ICE-WATCH MALAYSIA LANCAR KOLEKSI BAHARU, GABUNGAN INOVASI JAM TANGAN DAN GAYA MODEN

06/02/2026 02:16 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- ICE-WATCH Malaysia hari ini melancarkan tiga koleksi jam tangan baharu, ICE smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama tersebut di pasaran Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini ICE-WATCH Malaysia memaklumkan koleksi terbaharu itu mencerminkan evolusi berterusan jenama itu dalam reka bentuk, inovasi dan gaya hidup, selain mengukuhkan komitmen terhadap penawaran jam tangan yang bergaya dan mudah diakses bagi pengguna moden. 

“Tumpuan utama pelancaran ialah ICE smart TKS 2.0, jam pintar yang direka dengan sentuhan seni pembuatan jam. Ia direka untuk kegunaan harian yang versatil, membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan, menyemak mesej, memantau aktiviti harian serta menjejak kadar denyutan jantung, semuanya dalam rekaan yang elegan dan sofistikated

“Dilengkapi skrin sentuh responsif serta dail yang boleh disesuaikan, ICE smart TKS 2.0 mudah disesuaikan dengan pelbagai cita rasa, gaya dan acara, menggabungkan prestasi dan keindahan dalam satu rekaan bak permata,” menurut kenyataan itu.  

Turut ditampilkan Chouchou, jam cincin kontemporari yang memberi tafsiran baharu jam penunjuk waktu sebagai aksesori fesyen, dengan badan jam (watch case) yang halus, dail yang ringkas, serta tali keluli tahan karat yang boleh diregangkan untuk menyerlahkan gaya moden sama ada ketika dipakai secara tunggul atau bersama yang lain.

Melengkapkan koleksi terbaharu itu, ICE Mimi, jam tangan minimalis yang nipis dan elegan. Dengan Rekaan yang ringan dan halus, jam tangan ini istimewa untuk pengguna yang menghargai kesederhanaan dengan sentuhan moden.

Diasaskan di Bastogne, Belgium pada 2007, ICE-WATCH  telah berkembang menjadi antara jenama jam tangan paling dikenali dan kini boleh didapati di lebih 55 negara. 

Jenama ini meraih pengiktirafan melalui pelbagai jenis jam tangan berwarna-warni dan inovatif yang ditawarkan, termasuk jam silikon, digital, jam pintar serta jam buatan Switzerland.

Di Malaysia, ICE-WATCH diedarkan secara eksklusif oleh Time Zone Sdn. Bhd., segmen jam tangan Kumpulan Habib yang mengendalikan 11 cawangan di seluruh negara serta mengekalkan kehadiran digital yang kukuh, sekali gus menjadikan jam tangan kontemporari dan mewah mudah diakses oleh pengguna Malaysia.

Menurut kenyataan itu, majlis pelancaran yang berlangsung di Vernakular Store, disempurnakan oleh pemilik ICE-WATCH Malaysia dan Time Zone Sdn Bhd Datuk Seri Meer Habib dan dihadiri wakil media, pemimpin pendapat utama (KOL) dan rakan strategik jenama.  

Majlis pelancaran diakhiri dengan sesi pengalaman produk, yang membolehkan tetamu melihat dan meneroka koleksi baharu itu secara lebih dekat. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan