WILAYAH - SABAH > BERITA

LELAKI HILANG DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA DI KINABATANGAN

07/02/2026 10:15 PM

KINABATANGAN, 7 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara, Sukau, Kinabatangan di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Otuh berkata rakan mangsa memaklumkan mengenai kehilangan pekerja ladang, Stefanus Marti, 48, kira-kira pukul 8 malam.

"Sebelum itu, pengadu bersama beberapa lagi pekerja ladang cuba mencari mangsa di sekitar tebing sungai setelah lelaki itu tidak pulang ke rumah.

"Daripada pencarian itu juga mereka hanya menemukan pakaian dan pukat ikan milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hairi berkata polis menerima panggilan kira-kira 1.07 tengah hari hari tadi berhubung kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan