WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERHIMPUNAN: POLIS TAHAN ZAMRI VINOTH DAN BEBERAPA INDIVIDU

07/02/2026 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Polis menahan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth dan beberapa individu lain berhubung perhimpunan yang dirancang di depan sebuah kompleks beli-belah di sini malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun hanya akan memberi perincian mengenai penahanan mereka esok.

“Butiran lanjut akan didedahkan esok menerusi sidang media,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati polis melakukan kawalan sebelum perhimpunan yang dirancang pada 9 malam tidak diteruskan.

Terdahulu, media melaporkan polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu setelah menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas pihak terlibat termasuk pemilik premis di sekitar lokasi berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan