WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENIAGA RUGI LEBIH RM335,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD

08/02/2026 10:58 AM

KUANTAN, 8 Feb (Bernama) -- Seorang peniaga kerugian lebih RM335,000 akibat pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook, November lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 51 tahun itu telah menghubungi seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp dan ditawarkan pelaburan saham dengan pulangan 12 peratus dalam tempoh tiga hingga tujuh hari. 

“Mangsa membuat 19 transaksi pemindahan wang ke dua akaun bank dari 4 Dis tahun lepas hingga 27 Jan dengan menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada rakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa dimaklumkan telah memperoleh keuntungan sehingga lebih RM2.4 juta, namun diminta membuat bayaran tambahan 10 peratus daripada jumlah itu sebagai syarat untuk mengeluarkan wang tersebut.

Sehubungan itu, mangsa yang sedar telah ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan