WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EMPAT LELAKI DITAHAN CUBA SELUDUP HAIWAN TERNAKAN GUNA JALAN TIKUS

08/02/2026 06:28 PM

IPOH, 8 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat kegiatan menyeludup haiwan ternakan tanpa permit menerusi Ops Taring Kandang di Jalan Baling-Gerik di Gerik hari ini.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Balveer Singh Mahindar Singh berkata kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun ditahan dalam kegiatan memindahkan lembu dan kambing tanpa sebarang permit atau dokumen kebenaran bertulis yang sah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Pemeriksaan lanjut ke atas dua  lori mendapati 117 ekor kambing dan 18 ekor lembu dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan tikus di sempadan negara,.

“Kesemua rampasan termasuk kedua-dua kenderaan dianggarkan RM686,300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata pemandu dan kelindan lori menggunakan modus operandi dengan menutup bahagian belakang lori dengan kain kanvas dan hanya membuka sedikit ruang pada bahagian atas lori untuk pengudaraan bagi haiwan berkenaan. 

Beliau berkata suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan haiwan yang dirampas telah diserahkan kepada JPV Perak untuk tindakan lanjut.,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan