WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JAWATANKUASA PENGANJUR OLIMPIK SIASAT PUNCA KEROSAKAN PINGAT

10/02/2026 10:16 AM

MOSCOW, 9 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk di Itali sedang berusaha untuk mengenal pasti punca kerosakan pada pingat kejohanan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ketua Pegawai Operasi Sukan Milano Cortina, Andrea Francisi pada Isnin.

Beberapa atlet di Sukan Olimpik berkenaan sebelum ini dilaporkan mengadu mengenai kualiti pingat Olimpik yang dikatakan mudah rosak.

"Kami menyedari situasi berkenaan dan sedang menyiasat puncanya. Segala-galanya harus berada dalam keadaan sempurna apabila pingat dianugerahkan – bagi atlet, ini adalah momen yang paling bermakna," kata Francisi dalam satu taklimat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi kali ini sedang berlangsung di Milan dan Cortina d'Ampezzo dari 6 hingga 22 Feb.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan