WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BERI MINUM CECAIR BERBAHAYA, WANITA DITAHAN DISYAKI SEBABKAN KEMATIAN ANAK

11/02/2026 08:43 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memberi tiga anaknya minum cecair berbahaya hingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan kejadian itu berkata wanita berusia 35 tahun tersebut telah ditahan di Kajang untuk siasatan lanjut. 

“Ya, saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut manakala dua lagi sedang menerima rawatan di hospital, kenyataan media lengkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hari ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut manakala dua lagi adik lelakinya berusia sembilan dan lima tahun menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis Methadone di sebuah kediaman di Sungai Ramal Baru.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan