KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, MOF memaklumkan bahawa SC telah memasukkan semula Binance dalam Senarai Peringatan Pelabur SC.
“SC akan terus memantau perkembangan ini dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau risiko baharu kepada pelabur tempatan. Laman web dan aplikasi Binance masih disekat daripada diakses oleh rakyat Malaysia,” menurut MOF.
MOF turut memaklumkan bahawa semua tindakan SC, mengambil kira faktor-faktor relevan termasuk tahap pelanggaran, kesan dan risiko terhadap pelabur tempatan, serta implikasi terhadap integriti dan kestabilan pasaran modal Malaysia.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai kemungkinan SC memasukkan semula Binance ke dalam senarai amaran, memandangkan platform itu masih menimbulkan risiko kepada pelabur tempatan yang menggunakannya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial