BUKIT MERTAJAM, 13 Feb (Bernama) -- Suasana tapak pasar malam Perkampungan Juru, di sini kecoh seketika apabila pasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menyerbu lokasi itu malam tadi, sebelum menahan 25 pendatang tanpa izin.
JIM Pulau Pinang menerusi hantaran Facebook memaklumkan, dalam operasi bermula 8 malam itu, sebanyak 207 individu diperiksa, sebelum 20 lelaki, dan lima wanita ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.
"Mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Indonesia dan Vietnam. Semakan awal mendapati kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen sah, dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan," menurut hantaran itu.
Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen untuk siasatan sebelum ditempatkan di Depot Imigresen.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial