WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WANITA RUGI RM219,320 DITIPU PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

15/02/2026 03:34 PM

KULAI, 15 Feb (Bernama) -- Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun mengalami kerugian sebanyak RM219,320 setelah ditipu satu sindiket menawarkan pelaburan saham tidak wujud dengan menjanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata mangsa tertarik membuat pelaburan setelah melihat tawaran yang menjanjikan keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat sembilan kali transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun bank tempatan bermula pada 9 Dis 2025 hingga 12 Feb lepas.

“Mangsa dimaklumkan setiap pergerakan pelaburan serta keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun aplikasi VI+Bull milik mangsa, dan mendapati akaun miliknya itu memperoleh keuntungan sebanyak RM336,544.

“Apabila mangsa cuba membuat pengeluaran wang dari akaun itu ia telah disekat. Mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan