WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RIBUT PETIR DIRAMAL LANDA BEBERAPA NEGERI HINGGA 12 TENGAH HARI

17/02/2026 10:42 AM

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam amaran cuaca yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan antara negeri terlibat ialah Perak iaitu di kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di pantai timur pula kawasan terjejas meliputi Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Gua Musang di Kelantan.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor; Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, dan seluruh negeri Melaka.

Di Johor, kawasan diramal terjejas ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan