WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA BERANAK CEMAS SAMBUT TAHUN BAHARU CINA, RUMAH TERBAKAR

17/02/2026 01:43 PM

BUTTERWORTH,  17 Feb (Bernama) -- Dua beranak yang sepatutnya ceria menyambut Tahun Baharu Cina terpaksa berdepan detik cemas dan semua kelengkapan perayaan musnah selepas rumah mereka di Flat Taman Bagan Lalang, di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi sebelum jentera dikerah ke lokasi.

"Sebaik tiba didapati sebuah rumah flat di tingkat satu yang berkeluasan 120 kaki persegi sedang terbakar. Dua penghuni iaitu seorang wanita dan anak perempuannya yang tinggal di kediaman itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran.

"Api berjaya dikawal daripada merebak pada 8.06 pagi sebelum kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 35 minit kemudian dan kerja overhaul selesai dijalankan bagi memastikan tiada sisa api atau bara yang boleh mencetuskan semula kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lokasi kejadian kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Tang Joo Chin, 53, dan anak perempuannya berusia 16 tahun dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan