WILAYAH - SELATAN > BERITA

KANAK-KANAK LELAKI LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI BERSAMA DUA RAKAN

18/02/2026 11:02 AM

KOTA TINGGI, 18 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh, di sini semalam. 

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata mangsa, Putra Aniq Fairuz Mohd Faizul ditemukan di pesisir pantai 10.26 malam tadi, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.30 tengah hari berkaitan kejadian tiga kanak-kanak dilaporkan hilang ketika mandi di pantai tersebut sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan.

“Bagaimanapun dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan serta orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dan operasi mencari seorang lagi mangsa diteruskan sehingga berjaya ditemukan malam tadi, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pelbagai agensi terlibat dalam operasi ini, iaitu polis, bomba dan Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mandi di pantai atau menjalankan aktiviti air sekiranya cuaca buruk, ombak kuat atau arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan