WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TRAFIK DI LEBUH RAYA UTAMA MULA BERGERAK PERLAHAN TENGAH HARI INI

21/02/2026 02:25 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara mula perlahan setakat tengah hari ini susulan peningkatan jumlah kenderaan dengan jangkaan berlaku kelewatan di beberapa lokasi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1 ke arah utara, trafik mula perlahan di Perai ke Juru, Sungai Perak (kilometer 258.5) ke Terowong Meru dan Gopeng ke Tapah.

“Di PLUS E2, trafik mula perlahan ke arah utara dari Senawang ke Port Dickson,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) E8 ke arah barat, iaitu di Bentong ke Lentang dan Lentang ke Bukit Tinggi.

Beliau berkata trafik di Tambak Johor menghala ke selatan juga bergerak perlahan dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar, Johor Bahru ke CIQ Woodlands, Singapura.

Sebanyak 32 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini bagi memastikan trafik kekal lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 selama 24 jam dan laman X @plustrafik serta @llmtrafik.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan