WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN LELAKI HILANG DI TANGKAK

24/02/2026 03:23 PM

TANGKAK, 24 Feb (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak 18 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Mohd Syazwan Othman berkenaan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Taman Melati di sini.

Beliau berkata ciri-ciri lelaki itu adalah berketinggian 168 sentimeter (cm) dengan berat 77 kilogram (kg), selain bentuk badannya bongkok, bermata kecil, berkulit kuning langsat, rambut berwarna hitam dan menghidap skizofrenia.

“Kali terakhir dilihat, lelaki itu memakai seluar gelap dan berbaju biru muda. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan boleh menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Polis Tangkak SM Mohd Ikram Mohd Yusof di talian 012-325 8894.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan