WASHINGTON, 25 Feb (Bernama-Anadolu) -- Sebuah jet pejuang F-16 milik Turkiye terhempas di wilayah Balikesir, barat negara itu pada awal Rabu, mengorbankan seorang juruterbang, menurut Kementerian Pertahanan seperti dilaporkan Anadolu Ajansi.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan hubungan radio dan maklumat penjejakan dengan pesawat berkenaan terputus selepas ia berlepas dari Markas Pemerintahan Pangkalan Jet Utama Ke-9 di Balikesir pada 12.56 tengah malam waktu tempatan (2156 GMT Selasa).
Menurut kementerian itu, operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan dan bangkai pesawat kemudiannya berjaya ditemukan.
"Juruterbang kami terkorban. Punca nahas akan ditentukan selepas siasatan oleh pasukan pemeriksaan nahas dijalankan," menurut kementerian itu sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang.
Gabenor Balikesir Ismail Ustaoglu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial