GEORGE TOWN, 1 Mac (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes lelaki diserang dan ditetak dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dua lelaki masing-masing berusia 20-an itu ditahan di sini hari ini, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Secara keseluruhannya sehingga kini sebanyak enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan menahan empat suspek berusia 29 hingga 40 tahun, yang masing-masing kini direman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.
Rabu lepas, seorang lelaki parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah, sebelum suspek melarikan diri menaiki motosikal.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial