KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Keadaan banjir di Sabah beransur pulih apabila jumlah mangsa mencatatkan penurunan ketara kepada 82 mangsa daripada 29 keluarga di Beaufort, setakat 4 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan angka tersebut jauh lebih rendah berbanding 363 mangsa daripada 133 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
"Kesemua mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan DUN Banir yang dibuka sejak 25 Feb lepas," menurut kenyataan itu.
Perkembangan positif berkenaan turut dapat dilihat pada jumlah kawasan terjejas, dengan hanya lima kampung masih terkesan banjir setakat petang ini, berbanding 93 kampung pada sebelah pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial