WILAYAH - TIMUR > BERITA

PESARA RUGI RM277,000 TERPERDAYA JANJI MANIS "NINA"

06/03/2026 10:40 AM

KUALA TERENGGANU, 6 Mac (Bernama) -- Seorang pesara kerugian RM277,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian mula berlaku selepas lelaki berusia 87 tahun itu telah melihat satu iklan pelaburan saham menerusi aplikasi WhatsApp pada 18 Sept tahun lepas.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi individu bernama “Nina” dan diberi penerangan mengenai pelaburan tersebut.

"Mangsa yang terperdaya dengan janji manis ‘Nina’ telah membuat beberapa pemindahan wang ke dua akaun berbeza dalam tempoh 13 Nov hingga 24 Dis 2025 menggunakan wang simpanan dan Tabung Haji.

"Mangsa menyedari telah gagal mendapat sebarang keuntungan daripada pelaburan ditawarkan itu dan membuat laporan polis pada 4.55 petang semalam," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tidak munasabah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan