WILAYAH - SARAWAK > BERITA

IRGC DAKWA AS TANGGUNG KERUGIAN US$25 BILION DALAM PERANG MENENTANG IRAN

11/03/2026 09:29 PM

TEHRAN, 11 Mac (Bernama-MNA) -- Pertubuhan Perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata Amerika Syarikat (AS) menanggung kerugian berjumlah US$25 bilion susulan pencerobohan AS dan Israel terhadap Iran, lapor Agensi Berita Mehr.

IRGC berkata pengurusan Iran ke atas Selat Hormuz telah mengukuhkan kedudukannya dalam dinamik ekonomi global, sambil menambah bahawa “pertempuran yang dimenangi” oleh Angkatan Tentera Iran secara langsung telah mengenakan kos ketenteraan melebihi US$25 bilion kepada pihak musuh.

IRGC turut menyatakan bahawa pangkalan tentera AS di rantau itu telah menjadi “tidak aktif”, manakala jurang antara Eropah dan sekutu bersejarahnya itu turut terserlah sepanjang perang berkenaan.

AS dan Israel menyerang Iran pada 28 Feb, yang menurut Iran telah menyebabkan Pemimpin Agung Ayatollah Seyyed Ali Khamenei syahid, selain turut mengorbankan beberapa komander kanan tentera dan orang awam.

-- BERNAMA-MNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan