WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ARAB SAUDI PINTAS 18 DRON SASAR WILAYAH TIMUR NEGARA ITU

12/03/2026 10:26 AM

ISTANBUL, 12 Mac (Bernama-Anadolu) -- Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Khamis memaklumkan bahawa pasukannya memintas 18 dron yang menyasarkan wilayah timur negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian itu mengeluarkan kenyataan berkenaan menerusi satu hantaran di platform X, dengan memetik jurucakap kementerian berkenaan. Tiada butiran lanjut diberikan.

Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan serantau memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, serta mencederakan lebih 10,000 yang lain, menurut pihak berkuasa Iran.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan