KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat Mah Sing Group Bhd, M Industrial Development Sdn Bhd, memeterai perjanjian tambahan untuk meminda terma tertentu berkaitan cadangan pembelian tanah pegangan bebas di Kulai, Johor daripada unit Kuala Lumpur Kepong Bhd, Aura Muhibah Sdn Bhd.
Antara lain, jumlah keluasan tanah diubah kepada 419.17 ekar daripada 419.15 ekar, namun harga pembelian sebanyak RM273.87 juta adalah kekal, menurut pemaju hartanah itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mah Sing menjelaskan perjanjian jual dan beli (SPA) tambahan dan perjanjian pengurusan projek (PMA) tambahan dimeterai hari ini untuk mengubah susunan pecah sempadan tanah induk tersebut.
Pecah sempadan itu akan diubah kepada enam bidang daripada dua bidang sebelum ini, atau kepada bilangan lain seperti dipersetujui bersama oleh pihak terlibat, katanya.
Susulan perubahan tersebut, jumlah keluasan tanah telah diselaraskan sedikit kepada 419.17 ekar.
Bagaimanapun, nilai pasaran tanah itu kekal pada RM274 juta.
Sebelum ini, pembelian tanah itu diumumkan pada 19 Dis, 2025 dan 16 Feb, 2026, dan dijangka menyokong pembangunan industri dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM2.26 bilion.
Kecuali perubahan pecah sempadan bidang tanah itu, semua peruntukan lain dalam SPA dan PMA tidak berubah dan berkuat kuasa sepenuhnya antara pihak masing-masing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial