WILAYAH - SELATAN > BERITA

KANAK-KANAK LIMA TAHUN MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN DI KOTA TINGGI

13/03/2026 07:03 PM

KOTA TINGGI, 13 Mac (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 8.4 Jalan Kota Tinggi–Kluang di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Alza itu kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Beliau berkata mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza dipandu neneknya berusia 61 tahun, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Kota Tinggi.

Kemalangan, katanya, dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza.

"Mayat dirujuk ke unit forensik bagi tujuan prosedur siasatan, manakala kesemua mangsa terlibat turut mendapat rawatan di hospital sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan