| BERITA TERGEMPAR | Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | |
KUCHING, 13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan Sukma Ria sempena lawatan kerja sehari beliau ke bandar raya hari ini.
Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni peniaga dan pengunjung yang membeli juadah berbuka puasa.
Beliau diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Bahagian di Kompleks Satria Pertiwi di sini.
Beliau kemudian menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial