WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI

20/03/2026 12:20 PM

MELAKA, 20 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini.

Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Semalam, polis berjaya menahan lelaki itu yang juga seorang penghantar makanan kerana didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit dilaporkan berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai anggota polis dari Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira 11 pagi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan