WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIGA MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEMALANGAN DI SRI AMAN

20/03/2026 02:16 PM

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Selepong Jinggau, Sri Aman, kira-kira 8.30 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan, iaitu Proton X70 dan Perodua Alza yang terbakar 100 peratus. 

“Tiga mangsa yang menaiki Proton X70, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Dua lagi penumpang kenderaan sama, kanak-kanak lelaki berusia enam dan empat tahun, mengalami kecederaan pada bahagian kepala, dan telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut JBPM Sarawak. 

Sementara itu, tiga mangsa menaiki Perodua Alza yang terdiri daripada seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki, hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan