WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK AS-SYAKIRIN, BUKIT MERTAJAM

20/03/2026 02:41 PM

BUKIT MERTAJAM, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang hari ini dengan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet, di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada 1.12 tengah hari disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pengerusi masjid Othman Syafie serta para jemaah.

Anwar, bersama hampir 700 jemaah termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, seterusnya mendengar khutbah bertajuk 'Ramadan, Ketika Senja Terakhir Berlabuh’, yang disampaikan Imam I Muhammad Nasir Hamid.

Selesai solat, Perdana Menteri menziarahi komuniti Permatang Pasir bagi meninjau persiapan Aidilfitri yang akan disambut umat Islam seluruh negara esok.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara, Anwar turut dijadual menghadiri Program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan