WILAYAH - SELATAN > BERITA

KANAK-KANAK AUTISTIK DITEMUKAN LEMAS DALAM TASIK SEBUAH HOTEL

25/03/2026 10:04 PM

SEREMBAN, 25 Mac (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia sembilan tahun ditemukan lemas di sebuah tasik di kawasan hotel di Lukut di sini, selepas dipercayai keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan ahli keluarga mangsa pada 8.06 malam.

“Kejadian disedari kira-kira 3.30 petang selepas kanak-kanak itu didapati keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarganya. 

“Mangsa berada di lokasi tersebut bersama-sama keluarga untuk bercuti sebelum ditemukan lemas di dalam tasik oleh kakitangan hotel dan ahli keluarga yang menjalankan pencarian selepas menyedari ketiadaannya di dalam bilik,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Maslan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pada 10 pagi di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan