WILAYAH - SARAWAK > BERITA

REMAJA PEREMPUAN ANTARA LIMA DIREMAN KES PENEMUAN RANGKA BAYI

26/03/2026 01:29 PM

ALOR GAJAH, 26 Mac (Bernama) -- Seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada rangka bayi ditemukan ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak di sini, antara lima yang direman bagi membantu siasatan kes itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarul Aris Kamaludin mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini, terhadap semua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Suspek lain ialah teman lelaki serta tiga ahli keluarga remaja perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelaki.

Terdahulu, mereka yang berusia antara 16 hingga 40 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Alor Gajah kira-kira 8.50 pagi dengan diiringi polis dan bergari.

Semalam, media melaporkan penemuan rangka bayi ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak  dipercayai sejak kira-kira empat bulan lepas.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan