WILAYAH - UTARA > BERITA

TUMPAHAN MERKURI DI PUSAT DIALISIS - BOMBA

26/03/2026 03:26 PM

GEORGE TOWN, 26 Mac (Bernama) -- Satu insiden tumpahan merkuri dilaporkan di sebuah pusat dialisis di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 8.50 pagi.

“Kejadian di bilik utiliti di tingkat tiga pusat dialisis itu dipercayai berpunca daripada sebuah mesin tekanan darah yang pecah ketika dalam proses pelupusan.

“Terdapat dua petugas semasa kejadian tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

John Sagun berkata kira-kira 200 mililiter merkuri itu berjaya dikumpulkan dan dilupuskan ke dalam beg sisa kimia bersama-sama peralatan yang tidak selamat untuk digunakan semula.

Beliau berkata kerja pembersihan turut dijalankan menggunakan cecair peluntur dan operasi ditamatkan pada 11.49 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan