WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AS-ISRAEL SERANG LAPANGAN TERBANG MEHRABAD, FASILITI PETROKIMIA DI TABRIZ

30/03/2026 01:44 PM

ISTANBUL, 30 Mac (Bernama-Anadolu) -- Serangan udara Amerika Syarikat-Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran dan fasiliti pengeluaran petrokimia di bandar barat laut Tabriz awal Isnin, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

Televisyen negara Iran berkata beberapa lokasi di seluruh ibu negara telah diserang.

Menurut penyiar itu, serangan berkenaan turut menyasarkan cawangan Bank Negara Iran dan kilang kadbod di selatan bandar itu.

Secara berasingan, Agensi Berita Mehr melaporkan kawasan perumahan di utara Tehran telah diserang, menyebabkan beberapa orang cedera.

Sementara itu, Agensi Berita Fars melaporkan serangan AS-Israel menyasarkan unit pengeluaran petrokimia di Tabriz.

Ketua pengarah pengurusan krisis di wilayah Azerbaijan Timur, Majid Farshi, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di lokasi.

Farshi berkata keadaan terkawal dan tiada bahan berbahaya atau toksik yang bocor berikutan serangan itu.

AS dan Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, mengakibatkan kecederaan dan kerosakan pada infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan