WILAYAH - SARAWAK > BERITA

XI SAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH SEMPENA PENUBUHAN PERTUBUHAN DATA DUNIA (WDO)

31/03/2026 04:25 PM

BEIJING, 31 Mac (Bernama) -- Data mempunyai kegunaan yang semakin ketara sebagai sumber asas dan enjin yang inovatif dalam landskap kecerdasan buatan (AI) global pada masa ini.

China mampu mengamalkan konsep "perbincangan bersama, pembangunan bersama dan berkongsi", dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi digital ke arah yang sihat di peringkat dunia.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahniah sempena penubuhan Pertubuhan Data Dunia (WDO) di sini pada Isnin.

Xi menunjukkan bahawa WDO yang beraspirasikan "merapatkan jurang data, membuka nilai data dan memakmurkan ekonomi digital," menyediakan platform yang bermanfaat untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang data dan menambah baik tadbir urus data dalam senario global.

"China menyokong WDO dalam memainkan peranannya, dan bersedia bersama dengan semua pihak berganding bahu untuk membina konsensus tentang peraturan tadbir urus data, memacu inovasi teknologi pintar, mendorong aliran yang selamat dan teratur serta pembangunan dan penggunaan yang cekap dalam bidang data demi kesejahteraan rakyat pelbagai negara," kata  Xi.

Upacara penubuhan WDO yang bertemakan "Membina Platform Kerjasama Data, Menikmati Peluang Pembangunan Digital" telah diadakan di Beijing pada hari yang sama. Ahli-ahli pertubuhan itu merangkumi perusahaan berkaitan data global, institusi pengajian tinggi, kumpulan pemikir, organisasi antarabangsa dan institusi kewangan.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan