MARKET > NEWS

RINGGIT DITUTUP SEDIKIT RENDAH PADA WAKTU KETIDAKTENTUAN TIMUR TENGAH, MENJELANG DATA CPI AS

10/12/2024 08:05 PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah selain menjelang laporan indeks harga pengguna (CPI) AS yang akan diterbitkan esok.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4250/4300 berbanding dolar AS daripada  4.4225/4280 ketika ditutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS apabila pelabur mencari perlindungan dalam mata wang selamat.

"Laporan CPI AS yang akan diterbitkan malam esok, akan dipantau rapi kerana ia mungkin mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan apabila mereka bermesyuarat pada 17 dan 18 Dis, 2024," katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.6432/6496 daripada 5.6466/6537, menambah nilai berbanding euro kepada 4.6595/6648 daripada 4.6733/6791 serta mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9189/9224 daripada 2.9401/9440 ketika ditutup pada Isnin.

Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2988/3028 daripada 3.3019/3062 pada penutup Isnin.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1006/1236 daripada 13.0801/1029 dan sedikit lebih rendah berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.64 daripada 7.62/7.63.

Ringgit kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.2.

-- BERNAMA


BERNAMA provides up-to-date authentic and comprehensive news and information which are disseminated via BERNAMA Wires; www.bernama.com; BERNAMA TV on Astro 502, unifi TV 631 and MYTV 121 channels and BERNAMA Radio on FM93.9 (Klang Valley), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) and FM100.9 (Kuching) frequencies.

Follow us on social media :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy