KEMAMAN, 1 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang dan Kuala Terengganu hari ini demi keselamatan pengguna setempat susulan insiden hujan dan banjir.
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
“Orang ramai turut diingatkan untuk elak penggunaan alat elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” katanya.
-- BERNAMA