AM

KEADAAN BANJIR DI SELURUH NEGARA LEBIH TERUK DARIPADA 2014 - TPM AHMAD ZAHID

01/12/2024 02:42 PM

SHAH ALAM, 1 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di seluruh negara ketika ini khususnya di Kelantan dan Terengganu amat membimbangkan kerana ia lebih teruk berbanding tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata lebih merisaukan adalah keadaan dijangka semakin buruk dengan fenomena air pasang besar di Laut China Selatan dan di Selat Melaka, yang berada di puncaknya.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata terbaru Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangka berlaku pengurangan luruan hujan nanti.

“Kita yakin dengan pengurangan luruan hujan itu, ia akan mengurangkan pemindahan (mangsa banjir) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.  

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan