DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI TINGGI DALAM DAGANGAN AWAL

03/12/2024 11:00 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.50 pagi, kontrak Disember 2024 dan Januari 2025 naik 2.5 mata, masing-masing kepada 1,603.50 dan 1,608.00, Mac 2025 menambah 0.5 mata kepada 1,590.00 dan Jun 2025 menokok satu mata kepada 1,596.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,749 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,570 kontrak.

Pada 9.50 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI melonjak 6.24 mata kepada 1,601.72 daripada 1,595.48 ketika ditutup pada Isnin.  

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan