AM

MANGSA BANJIR DI PERAK MALAM INI BERTAMBAH

10/01/2025 08:30 PM

IPOH, 10 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung meningkat sedikit malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS berkenaan berbanding 18 daripada lima keluarga pagi tadi.

"Kesemua mangsa yang terjejas banjir adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar," kata kenyataan itu.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan