DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

13/01/2025 10:24 AM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, Januari 2025 merosot 7.0 mata kepada 1,588.0, Februari 2025 berkurangan 8.5 mata kepada 1,591.5, Mac 2025 susut 6.5 mata kepada 1,576.0 dan Jun 2025 merosot 6.0 mata kepada 1,582.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,164 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,214 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 9.28 mata kepada 1,593.13 daripada 1,642.01 pada Jumaat selepas 48 minit dagangan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan