DUNIA

BEBERAPA ORANG DITIKAM DI STESEN KERETAPI DI TENGAH JEPUN, SEORANG TIDAK SEDARKAN DIRI

23/01/2025 12:11 AM

NAGANO (Jepun), 22 Jan (Bernama-Kyodo) -- Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.

Kejadian menyebabkan seorang lelaki tidak sedarkan diri, sementara suspek lelaki melarikan diri dari tempat kejadian, lapor Kyodo News memetik polis tempatan.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan di Stesen JR Nagano, dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa mengesahkan tidak mengenali penyerang itu.

Menurut saksi, suspek yang dipercayai membawa objek tajam, berbadan kurus dengan ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter dan dipercayai berusia sekitar 40-an.

-- BERNAMA-KYODO
 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan