KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited untuk mengutamakan dasar pemboleh berbanding campur tangan langsung dalam mendorong kreativiti dan pertumbuhan industri menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada pemerkasaan ekosistem yang kukuh melalui sokongan dasar, peningkatan kecekapan, pembangunan bakat dan insentif struktural untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2028 atau 2029.
“Peranan kerajaan adalah membolehkan dan memudah cara, memungkinkan industri memanfaatkan kreativiti masing-masing dan berkembang dengan bebas, dan ini memerlukan dasar yang mengukuhkan keseluruhan ekosistem,” katanya pada sesi libat urus terakhir dengan wakil industri bagi RMK13 di sini, hari ini.
-- BERNAMA