AM

KOTA MARUDU DILANDA GEMPA BUMI LEMAH PAGI INI

10/02/2025 12:08 PM

KOTA KINABALU, 10 Feb (Bernama) -- Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur serta jarak 27 kilometer (km) selatan dari Kota Marudu.

Menurut kenyataan itu gempa bumi dengan kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai sekitar Kota Marudu, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan Kota Marudu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan kerosakan atau panggilan.

“Pihak bomba kini sedang membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis berisiko di daerah berkenaan,” menurut kenyataan MetMalaysia.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan